Surah Al-Humazah

سُورَةُ الهُمَزَةِ · Surah ke-104 · Makkiyyah · 9 ayat

Topik dalam Surah Al-Humazah

Panduan kajian (dalam bahasa Inggeris) yang membincangkan ayat-ayat surah ini, yang paling berkait didahulukan.

Baca Surah Al-Humazah dengan terjemahan

  1. 104:1

    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ وَيْلٌۭ لِّكُلِّ هُمَزَةٍۢ لُّمَزَةٍ

    Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

  2. 104:2

    ٱلَّذِى جَمَعَ مَالًۭا وَعَدَّدَهُۥ

    Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

  3. 104:3

    يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخْلَدَهُۥ

    Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

  4. 104:4

    كَلَّا ۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلْحُطَمَةِ

    Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".

  5. 104:5

    وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحُطَمَةُ

    Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?

  6. 104:6

    نَارُ ٱللَّهِ ٱلْمُوقَدَةُ

    (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

  7. 104:7

    ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلْأَفْـِٔدَةِ

    Yang naik menjulang ke hati;

  8. 104:8

    إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌۭ

    Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

  9. 104:9

    فِى عَمَدٍۢ مُّمَدَّدَةٍۭ

    (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih.