Surah Al-Fatihah

سُورَةُ ٱلْفَاتِحَةِ · Surah ke-1 · Makkiyyah · 7 ayat

Topik dalam Surah Al-Fatihah

Panduan kajian (dalam bahasa Inggeris) yang membincangkan ayat-ayat surah ini, yang paling berkait didahulukan.

Baca Surah Al-Fatihah dengan terjemahan

  1. 1:1

    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  2. 1:2

    ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

    Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

  3. 1:3

    ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

    Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  4. 1:4

    مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ

    Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

  5. 1:5

    إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

    Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

  6. 1:6

    ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ

    Tunjukilah kami jalan yang lurus.

  7. 1:7

    صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ

    Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih.