Surah Az-Zalzalah

سُورَةُ الزَّلۡزَلَةِ · Surah ke-99 · Madaniyyah · 8 ayat

Topik dalam Surah Az-Zalzalah

Panduan kajian (dalam bahasa Inggeris) yang membincangkan ayat-ayat surah ini, yang paling berkait didahulukan.

Baca Surah Az-Zalzalah dengan terjemahan

  1. 99:1

    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ إِذَا زُلْزِلَتِ ٱلْأَرْضُ زِلْزَالَهَا

    Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

  2. 99:2

    وَأَخْرَجَتِ ٱلْأَرْضُ أَثْقَالَهَا

    Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

  3. 99:3

    وَقَالَ ٱلْإِنسَٰنُ مَا لَهَا

    Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"

  4. 99:4

    يَوْمَئِذٍۢ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا

    Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:

  5. 99:5

    بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا

    Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

  6. 99:6

    يَوْمَئِذٍۢ يَصْدُرُ ٱلنَّاسُ أَشْتَاتًۭا لِّيُرَوْا۟ أَعْمَٰلَهُمْ

    Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

  7. 99:7

    فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًۭا يَرَهُۥ

    Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

  8. 99:8

    وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍۢ شَرًّۭا يَرَهُۥ

    Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih.